Sunday, July 20, 2014

Perlindungan Untuk Hati Anda

DTX™ Complex




DTX™ Complex adalah satu formula herba yang unik dengan antioksidan yang diformulasikan khusus untuk kesihatan terutamanya yang melibatkan hati.


Golongan sasaran

  • Mereka yang bekerja dalam persekitaran yang tercemar
  • Mereka yang bekerja dengan bahan cemar
  • Mereka yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian
  • Mereka yang ingin menyingkirkan toksin dari badan
  • Mereka yang sering makan makanan segera, MSG, makanan yang diawet, pewarna dan perasa tiruan
  • Mereka yang sering terdedah kepada sumber toksin contohnya mereka yang bekerja di kilang kimia.
Fungsi DTX™ Complex
  • DTX™ Complex berfungsi sebagai penyedia dan penggalak sokongan pemakanan untuk  hati yang sihat.
  • DTX™ Complex membekalkan antioksidan yang menyahtoksikkan hati
  • DTX™ Complex melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dan mengekalkan sel hati yang sihat.
Kandungan DTX™ Complex 

  • Ekstrak biji benih pokok susu thistle/Tisel
    #  menyokong keupayaan badan untuk membuat protein yang akan membantu sel-sel hati tumbuh semula.


  • Cendawan Reishi / Lingzi mushroom
    #  terkenal dengan ciri-ciri antioksidan


  • Ekstrak Schizandra/Schizandra chinensis
    # spesis herba cina yang mempunyai sifat antioksidan yang menyokong sintesis protein untuk membaiki sel hati.



  • Ekstrak Curcuma Longa/Tumeric Extract
    # Curcuma atau kunyit merupakan salah satu agen penyembuh yang amat efektif.

  • Artichoke Extract

  • Dandelion Extract
    #  juga dikenali sebagai `gigi singa' yang berfungsi dalam mengekalkan aliran hempedu yang diperlukan untuk menghapuskan sebatian detoxified oleh hati.

Cara pengambilan DTX™ Complex
  • Boleh diambil sebelum atau selepas makan bergantung kepada sistem penerimaan tubuh seseorang
  • Tidak digalakkan untuk wanita yang mengandung dan juga menyusu
  •  Tidak sesuai bagi kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun. Sebarang pengambilan supplement haruslah dirujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440

Anda juga mungkin meminati : 
Cara jadi ahli
Get Clean® Water Pitcher
Revastrol
Vivix

*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit.

Wednesday, July 16, 2014

Cara Jadi Ahli

Keahlian Percuma/Free Membership

Adakah anda ingin mejadi sebahagian daripada keluarga besar SHAKLEE ? Anda inginkan keahlian percuma? Mudah sahaja caranya.


Bagi mendapatkan keahlian percuma/free membership Shaklee : 


   1. Belian Produk

~ Anda boleh mendapatkan keahlian percuma dengan membuat belian produk SHAKLEE sebanyak RM 650. Tidak semestinya anda harus membuat belian untuk diri sendiri. Anda boleh mengambil pesanan dari ahli keluarga,jiran-jiran mahupun kawan-kawan.Belian sebanyak RM 650 adalah bersamaan nilai uv-200, dimana anda layak menjadi ahli secara automatik.

   2.  Belian VIVIX

 ~ Promosi belian VIVIX. Apabila anda membuat pembelian Vivix-2 botol, nilai uv tersebut lebih daripada 200 di mana syarat keahlian percuma adalah 200 uv, maka secara automatik anda telah mendapat keahlian percuma.




Kelebihan menjadi ahli

Dengan menjadi ahli, anda akan mendapat potongan harga setiap kali anda membuat belian dengan mana-mana produk SHAKLEE.

Ingin menambah pendapatan anda? Tentu sekali boleh.SHAKLEE memberi peluang kepada sesiapa saja yang ingin menjana pendapatan bersama.

Insentif yang diberi : 3C
  • Car - bonus berbentuk kereta kepada ahli yang telah mencapai sasaran target tertentu
  • Cash - pihak SHAKLEE  akan memberikan bonus dalam bentuk wang tunai mengikut nilai uv yang telah kita kumpul 
  • Convention - merupakan bonus berupa percutian termasuklah menunaikan umrah

Ingin menjadi ahli : 
Hubungi : Liza 010-9167440 (tel/whatsapp)
Roslizamohamed82@gmail.com

Tuesday, July 15, 2014

Mengawal diabetes

Vivix

1001 kebaikan dalam satu botol




Aurat Wanita

Apakah aurat seorang wanita


Bila berbicara mengenai wanita,ianya satu topik yang amat meluas.Wanita adalah pelengkap kehidupan seorang lelaki,wanita juga adalah ibu kepada anak-anak.Darjat seorang wanita amat tinggi kedudukannya di dalam agama Islam.

Wanita solehah adalah wanita yang taat pada perintah Tuhan dan menjaga auratnya.Apakah aurat bagi seorang Wanita Muslim ?

  1. Aurat ketika sembahyang
~ Aurat bagi seorang perempuan Muslim ketika bersolat adalah muka dan tapak tangan. Anggota badan yang lain haruslah ditutup sepenuhnya.

   2.  Aurat ketika bersendirian/berseorangan

~ Ketika bersendirian,aurat seorang wanita adalah antara bahagian pusat ke lutut.Ini bermakna bahagian tubuh wànita yang tidak boleh dilihat adalah bahagian anggota badan yang berada di antara pusat dan lutut.

   3.  Aurat ketika bersama mahram

~  Pada dasarnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Namun,para wanita disarankan dan dituntut agar menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan  ghairah dan syahwat kaum lelaki walaupun mahram sendiri.Ini penting dalam menjaga adab dan tatasusila seorang wanita agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan terjadi.Pakailah pakaian yang labuh,longgar,tidak jarang dan menampakkan ciri-ciri muslimah walaupun bersama mahram. 

   4.  Mahram seorang wanita
  • Suami
  • Ayah,termasuk datuk sebelah ibu dan bapa
  • Bapa mertua
  • Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada daripada anak lelaki atau perempuan
  • Anak-anak suami
  • Saudara lelaki kandung atau seibu sebapa (adik-beradik)
  • Anak saudara lelaki-haram dinikahi selama-lamanya
  • Anak saudara daripada saudara perempuan
  • Sesama Jenis (wanita) tidal kira keturunan dan agama.

Monday, July 14, 2014

Get Clean Water

GET CLEAN® WATER PITCHER


Air merupakan keperluan utama makhluk di muka bumi ini selain daripada makanan dan udara.Air yang bersih menjamin hidup yang lebih berkualiti.

Tetapi sedarkah dan pastikah anda akan ketulenan dan kebersihan air yang anda minum setiap hari benar-benar bersih dan tulen serta selamat untuk diminum?



Pada mata kasar,semua air kelihatan bersih dan jernih(mengalir melalui paip air dsb).Tetapi adakah ianya selamat untuk diminum?

Bahan kimia seperti racun perosak dan bahan cemar industri yang boleh membahayakan kesihatan mungkin terdapat di dalam air yang kita minum setiap hari.

AIR yang lebih bersih dan sihat tersedia untuk 365 hari ?

Get Clean®Water Pitcher merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru.Berbanding dengan jag air lain, Get Clean® Water Pitcher menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Air dan bumi yang  bersih dan sihat

Apa yang perlu anda tahu mengenai Get Clean®Water Pitcher

  1. Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum,merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar yang lain
  2. Mengekalkan kandungan mineral air yang sihat.
  3. Telah disahkan dapat mengurangkan klorin dalam air
  4. Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen ) air bagi setiap turasan iaitu 2x ganda lebih daripada jenama terkemuka
  5. Merupakan sistem Penuras jag air berblok - karbon isian semula yang pertama.
Kelebihan Jag Get Clean® Water Pitcher
  • Hanya beberapa sen bagi seliter air
  • Air yang lebih sihat dan rasa yang enak
  • Jag air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras-tanpa penggunaan tenaga elektrik
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Menjimatkan kos-tak perlu dimasak


Nak order,hubungi 010-9167440
#sayajualshaklee
#Roslizamohamed82@gmail.com
clean®water pitcherGet Clean®Water Pitcher

Thursday, July 10, 2014

Pemakanan Sunnah

Apa itu Pemakanan Sunnah

Pemakanan Sunnah sememangnya amat digalakkan untuk kita amalkan di dalam kehidupan seharian. Dewasa ini banyak terdapat produk-produk kesihatan dan makanan yang dikatakan mengandungi makanan sunnah.Apa itu makanan sunnah sebenarnya...
Contoh makanan sunnah adalah seperti madu,delima,kismis,zaitun,tin,dan kurma.



Terdapat dalil yang mengatakan bahawa kita harus makan apa saja yang terdapat di muka bumi Tuhan ini selagi ianya halal. Kesimpulannya,memang kesemua makanan yang tersenarai di atas adalah menjadi makanan harian Rasulullah dan amat berkhasiat.Oleh kerana ianya menjadi amalan (Rasulullah) maka ia dikatakan sunnah.


Seandainya kita makan makanan sunnah ini tetapi tidak mengamalkan sunnah Rasulullah dari aspek cara makan Baginda,maka tiada guna kita mengamalkan pemakanan sunnah tersebut.


Pandangan dari Dr.Zaharuddin bin Abd.Rahman turut menyatakan :


Pilih makanan anda

~Makanlah dari rezeki yang halal dan tiada keraguan.Jangan sesekali makan dari sesuatu yang tidak sahih puncanya apatah lagi jelas-jelas mengatakan makanan tersebut dari sumber yang haram.
~Jangan makan makanan yang haram,yang boleh memudharatkan kesihatan kita.
~Pilih makanan yang baik sahaja dan mengandungi banyak khasiat.Tiada gunanya jika seseorang itu mengamalkan pemakanan sunnah tanpa mengetahui kandungan nutrisi di dalamnya.

Inginkan supplement pemakanan yang sihat dan halal...
Hubungi saya : LIZA : Tel/whatsapp : 010-9167440
                             #husnashow.blogspot.com
                             #Roslizamohamed82@gmail.com

Wednesday, July 9, 2014

Resveratrol



Resveratrol di dalam VIVIX

Terdapat banyak supplement resveratrol di pasaran.Apa itu RESVERATROL ....Ianya merupakan salah satu sebatian polyphenol yang terdapat di dalam tumbuhan.
Resveratrol ini amat terkenal disebabkan ianya terdapat di dalam wine merah.Kajian orang Europe mendapati,dengan meminum wine merah,kadar kematian yang disebabkan oleh sakit jantung berkurangan.