Sunday, August 10, 2014

Tanda kelahiran hampir tiba....

KELAHIRAN


Setelah sembilan (9) bulan anda dengan sabar dan penuh hati-hati membawa kandungan anda, kini tibalah pula hari yang dinanti..penuh debar dan penuh keterujaan..kelahiran.



Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan bagi mengetahui tanda-tanda akan berlaku proses bersalin. Bagi kebanyakan orang, bidan adalah orang ke-2 terpenting selepas doktor. Saya sendiri kerap berjumpa bidan sepanjang tempoh kehamilan. Saya kembali hamil selepas 6 tahun dan saya melahirkan Husna Zara tatkala abangnya menginjak ke alam persekolahan.

Pendapat orang dulu-dulu mengatakan waktu bersalin hampir tiba bila keadaan pusat kelihatan terkeluar dari perut. Perut normal kedudukan pusat sedikit tenggelam. Semakin menghampiri saat bersalin pusat akan tertonjol keluar dengan lebih ketara.

Secara umumnya, terdapat beberapa tanda kelahiran yang boleh kita kenal pasti disaat ingin melahirkan. Antara tanda-tandanya adalah keluar lendir bercampur darah, pecah ketuban, dan kontraksi yang teratur. 

Pengeluaran lendir bercampur darah
Perkara ini terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir bercampur darah. Keadaan ini dipanggil juga kembar darah. Dari pengalaman sendiri, kelima-lima anak saya kembar darah. Keluar lendir bercampur darah selama 3 hari berturut-turut, kemudian baru lah proses kelahiran bermula.
** anda tidak perlu tergesa-gesa ke hospital sekiranya mengalami tanda diatas kerana ada kemungkinan proses kelahiran masih jauh dan memakan masa yang lama lagi seperti yang berlaku pada saya .
Namun anda harus segera ke hospital sekiranya pendarahan yang berlaku terlalu banyak.

Pecah ketuban

Bayi berada di dalam kantung yang dipanggil kantung ketuban. Kantung ini mengandungi cecair yang amat diperlukan oleh bayi anda. Kekurangan cecair ini akan menyebabkan bayi anda lemas. Perlu anda ketahui, air ketuban ini adalah cecair yang jernih, tidak berbau dan tidak berwarna. Sekiranya anda masih belum merasakan sebarang kontraksi (setelah pecah ketuban), anda disarankan agar terus ke hospital kerana kekurangan air ketuban adalah merbahaya kepada bayi. 





Kontraksi yang teratur
Terdapat 2 jenis kontraksi yang akan dialami oleh wanita mengandung sepanjang proses kehamilan dan kelahiran. Kontraksi braxton hicks - adalah kontraksi yang timbul sekejap-sekejap dan tidak kuat rasa kesakitannya. Kontraksi sebenar pula timbul secara teratur. Pada permulaan, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah kuat dan kerap. Ketika kontraksi ini sedang berlaku, anda disarankan untuk : 


  • Mula menghitung sela waktu
  • Catat jarak masa antara kontraksi
  • Kelahiran ianya akan terjadi aabila kontraksi menjadi semakin dekat-40 saat antara satu kontraksi
  • Bersalin anak pertama selalunya akan berlaku antara 12-14 jam. 
Sakit belakang
Sakit belakang juga merupakan satu daripada tanda bersalin. Rasa kesakitan adalah bermula di tengah-tengah belakang sehingga ke pinggul. Rasa ini disertai dengan rasa sedikit ngilu




Bagi anda yang akan menyambut ahi baru dalam keluarga, tahniah diucapkan. Jagalah amanah yang diberi ini dengan sebaik mungkin kerana anak ini adalah aset kita yang tidak ternilai..

Berkahwin - mengandung - melahirkan adalah lumrah seorang wanita. Pulihkan kembali tenaga anda selepas bersalin dengan Set Berpantang SHAKLEE.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440



*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

No comments:

Post a Comment