Friday, August 8, 2014

Hamil-tanda-tanda hamil

Anda Hamil....?

Seandainya anda hamil, terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan sebelum pengesahan lanjut oleh doktor dilakukan.

Antara tanda-tanda anda hamil adalah :

  • Tidak datang bulan
    * sekiranya anda sedang hamil, anda tidak akan datang bulan (haid) lagi. Ini adalah kerana dinding rahim sedang dipersiapkan untuk proses yang lebih besar iaitu kehamilan. Amat penting bagi anda untuk mengetahui tarikh hari pertama haid anda. Ianya penting dalam menentukan tarikh bersalin nanti (EDD). 

  • Mual/muntah (morning sickness )
    * berasa mual, muntah atau alah pada sesuatu makanan atau benda adalah petanda awal seseorang itu mengandung. Kebanyakan wanita akan mengalami simptom morning sickness di awal 3 bulan pertama kehamilan.





  • Sering membuang air kecil
   * berlaku disebabkan oleh keadaan pundi kencing yang tertekan akibat daripada proses pembesaran rahim. Ia biasanya akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan. Kekerapan kencing akan berlaku di awal kehamilan, mejadi berkurangan dipertengahan dan menjadi kembali kerap di akhir tempoh kehamilan.

  • Mengidam
   * merupakan perkara alami yang biasa dilalui oleh ibu-ibu mengandung. Namun perlu anda ketahui bahawa simpton mengidam ini tidak semua wanita mengandung akan melaluinya. Saya sendiri tidak pernah berpeluang merasa apa yang kita istilahkan sebagai mengidam. Gejala mengidam ini akan berlaku pada bulan-bulan pertama kehamilan sahaja.

  • Payudara
   * payudara akan mengalami perubahan yang drastik semasa hamil.  Puting payudara akan menjadi lebih besar, lebih gelap dan kadang kala akan berasa sakit dan berdenyut-denyut serta gatal. Jangan bimbang, itu adalah tanda payudara anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu bagi keperluan bayi anda kelak.







Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440



*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

No comments:

Post a Comment