Sunday, June 29, 2014

5 Tips Cepat Hamil


Berat Badan Yang Ideal
  • Berat badan yang terlalu gemuk @ kurus boleh menjadi punca kepada masalah kesuburan anda.Anda dinasihatkan untuk mengetahui kadar indeks jisim (BMI) badan anda terlebih dahulu.

Waktu Subur
  • Seseorang wanita boleh menentukan menentukan waktu subur seandainya mereka mempunyai kitaran haid yang teratur setiap bulan.Sekiranya haid tidak teratur,mereka boleh mengukur tahap kesuburan dengan membeli kit ovulasi di farmasi.
Hubungan Intim Yang Kerap
  • Pasangan suami isteri haruslah melakukan hubungan intim antara 3-4 Kali seminggu.Ini meningkatkan lagi peluang untuk anda hamil.
Mengambil Multivitamin dan Makanan Berkhasiat
  • Pengambilan multivitamin seperti asid folik di awal kehamilan adalah amat penting.Ianya berfungsi dalam mengurangkan risiko kecacatan otak bayi.
  • Bagi kaum lelaki,anda digalakkan mengambil supplement zink untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
Jumpa Doktor
  • Para suami dan isteri harus memastikan mereka bebas dari sebarang penyakit.
  • Bagi wanita,anda harus memastikan diri anda bebas dari segala penyakit terutama dari penyakit yang boleh mengganggu tahap kesuburan dan kemampuan anda untuk hamil seperti cyst,fibroid dan endometriosis.  

Friday, June 27, 2014

Hidup sebagai isteri dan ibu amat mencabar..x menang tgn dibuatnya.Yang melihat hanya tinggal lihat.Yang memikul..Allah saja yang tahu.
Bermula dari Subuh..kejutkan anak utk ke sekolah.Buat sarapan..Selesai anak ke sekolah,kemas rumah,cuci kain baju,pastu jemur plk..
Tak sempat nak duduk,dah pukul 10.Kena masak tengahari plk.Si kecil menangis,merengek minta di dukung.Masak ler sambil dukung anak.
Tengahari anak2 blik sekolah,nak makan.Lepas makan,siapa yang kena cuci pinggan..ibu merangkap isteri jgk.Sang suami...???Kerja....
Petang..sibuk nak siapkan minum petang.Masuk pukul 5-6 ptg, nak kena siapkan makan malam plk.Lepas makan malam nak kena lipat/kemas kain baju yang dah basuh td.Pukul 11-12 malam baru ler dapat masuk tidur.
Bukan mengeluh,tp itu lah hakikat seorang yang bernama isteri dan ibu.Penat sudah sinonim dengan isteri..
Buat para suami,kami para isteri amat gembira sekiranya di berikan sedikit perhatian,x semestinya wang ringgit...,

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..
Hari Ahad ni akan mula puasa,insyaallah..dah bersedia ker kita?pastinya tugas seorang ibu,mama,mummy,Mak,...akan bertambah.bagi suami dan anak-anak yang tahu akan penat lelah Si ibu,pasti akan cuba membantu.Bagi mereka yang ambil sikap tengok dan diam...ubah lah sikap anda.Bulan puasa ni kita jadikan permulaan utk kita berubah kepada yang lebih baik sama ada di rumah,sekolah mahupun tempat kerja.