Thursday, August 14, 2014

Tips atasi masalah bayi tertidur ketika menyusu

Salam penuh keceriaan semua...hari ni saya nak berkongsi beberapa tips yang boleh kita praktikkan dalam menjayakan proses penyusuan dengan sempurna.

Sesetengah ibu sering kali menganggap apabila bayi mereka tertidur ketika sedang menyusu, menandakan bayi sudah kenyang. Secara umumnya, bayi menyusu mengikut kehendaknya iaitu antara setengah jam hingga dua jam.

Bagi saya sendiri, bayi saya akan merengek minta disusukan setiap satu setengah atau dua jam sekali. Ini adalah kerana proses pencernaan susu ibu mengambil masa yang singkat iaitu antara 60-90 minit sahaja berbanding susu formula antara 3-4 jam sekali.

Semasa proses penyusuan berlaku, bayi kerap tertidur. Bayi saya juga sering mengalami masalah yang sama diawal kelahirannya. Ini adalah kerana bayi yang baru lahir belum mengetahui masa tidur, masa makan dan sebagainya dengan teratur.

Bayi yang baru lahir biasanya akan tidur antara 16-18 jam sehari. Keadaan ini akan berubah apabila memasuki fasa lain - bulan ke 2 di mana bayi akan tidur antara 9-10 jam sahaja dalam sehari dan perubahan seterusnya akan berlaku mengikut tahap perkembangan tumbesarannya.

Walaupun kita tahu bahawa malam waktu tidur dan siang waktu berjaga dan melakukan aktiviti lainnya, bagi seorang bayi tiada beza. Bayi tidak dapat membezakan antara siang dan  malam kerana kelenjar otaknya belum matang bagi menghasilkan hormon yang menyebabkan rasa mengantuk (melatonin) dan hormon sedar (cortisol) . Semasa menyusu, bayi akan mula tertidur tetapi akan mudah terjaga apabila dikejutkan atau dirangsang.


  • Kejutkan bayi
     Δ Kejutkan bayi daripada tidur setiap 2 jam sekali jika bayi anda sering tidur. Ini bertujuan agar bayi anda mendapat susu ibu yang secukupnya. Secara tidak langsung, ini juga boleh mengelakkan daripada terjadinya bengkak payudara bagi Si ibu dan juga jaundis bagi bayi.

  • Urut
     Δ Lakukan urutan lembut pada kaki, tangan dan perut bayi. Semasa membuat urutan, anda boleh menyanyi, marhaban dan sebagainya untuk merangsang bayi kekal terjaga dan usap mulut bayi anda bagi merangsangnya mencari puting payudara anda.

  • Berinteraksi
     Δ Semasa menyusu, bayi lebih cenderung untuk memasuki fasa active sleep. Rangsang bayi anda untuk terus menyusu dengan mengurut lembut tapak kakinya, bercakap dengannya seolah-olah bayi anda memahami setiap patah perkataan yang anda ucapkan. 

  • Tekan payudara
     Δ Teknik menekan payudara juga boleh diperaktikkan. Picit dan tekan payudara anda - seperti memerah susu, apabila bayi berhenti menghisap. Apabila air susu mengalir keluar, secara tidak langsung bayi anda akan terangsang untuk menghisap susu.

  • Tempoh penyusuan
     Δ Sekiranya bayi kerap tertidur, susu yang diambil tidak mencukupi. Jumlah susu yang diterima oleh bayi bergantung kepada keaktifannya menghisap susu. Seandainya bayi anda kurang aktif menyusu, anda hendaklah memanjangkan tempoh penyusuan. Pastikan bayi anda menghisap sehingga dia sendiri melepaskan puting anda. Teruskan penyusuan seandainya bayi anda masih ingin menyusu.





Sunday, August 10, 2014

Tanda kelahiran hampir tiba....

KELAHIRAN


Setelah sembilan (9) bulan anda dengan sabar dan penuh hati-hati membawa kandungan anda, kini tibalah pula hari yang dinanti..penuh debar dan penuh keterujaan..kelahiran.



Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan bagi mengetahui tanda-tanda akan berlaku proses bersalin. Bagi kebanyakan orang, bidan adalah orang ke-2 terpenting selepas doktor. Saya sendiri kerap berjumpa bidan sepanjang tempoh kehamilan. Saya kembali hamil selepas 6 tahun dan saya melahirkan Husna Zara tatkala abangnya menginjak ke alam persekolahan.

Pendapat orang dulu-dulu mengatakan waktu bersalin hampir tiba bila keadaan pusat kelihatan terkeluar dari perut. Perut normal kedudukan pusat sedikit tenggelam. Semakin menghampiri saat bersalin pusat akan tertonjol keluar dengan lebih ketara.

Secara umumnya, terdapat beberapa tanda kelahiran yang boleh kita kenal pasti disaat ingin melahirkan. Antara tanda-tandanya adalah keluar lendir bercampur darah, pecah ketuban, dan kontraksi yang teratur. 

Pengeluaran lendir bercampur darah
Perkara ini terjadi disebabkan oleh sumbatan yang tebal pada mulut rahim terlepas sehingga menyebabkan terkeluarnya lendir bercampur darah. Keadaan ini dipanggil juga kembar darah. Dari pengalaman sendiri, kelima-lima anak saya kembar darah. Keluar lendir bercampur darah selama 3 hari berturut-turut, kemudian baru lah proses kelahiran bermula.
** anda tidak perlu tergesa-gesa ke hospital sekiranya mengalami tanda diatas kerana ada kemungkinan proses kelahiran masih jauh dan memakan masa yang lama lagi seperti yang berlaku pada saya .
Namun anda harus segera ke hospital sekiranya pendarahan yang berlaku terlalu banyak.

Pecah ketuban

Bayi berada di dalam kantung yang dipanggil kantung ketuban. Kantung ini mengandungi cecair yang amat diperlukan oleh bayi anda. Kekurangan cecair ini akan menyebabkan bayi anda lemas. Perlu anda ketahui, air ketuban ini adalah cecair yang jernih, tidak berbau dan tidak berwarna. Sekiranya anda masih belum merasakan sebarang kontraksi (setelah pecah ketuban), anda disarankan agar terus ke hospital kerana kekurangan air ketuban adalah merbahaya kepada bayi. 





Kontraksi yang teratur
Terdapat 2 jenis kontraksi yang akan dialami oleh wanita mengandung sepanjang proses kehamilan dan kelahiran. Kontraksi braxton hicks - adalah kontraksi yang timbul sekejap-sekejap dan tidak kuat rasa kesakitannya. Kontraksi sebenar pula timbul secara teratur. Pada permulaan, kontraksi hanya sebentar dan lama kelamaan menjadi bertambah kuat dan kerap. Ketika kontraksi ini sedang berlaku, anda disarankan untuk : 


  • Mula menghitung sela waktu
  • Catat jarak masa antara kontraksi
  • Kelahiran ianya akan terjadi aabila kontraksi menjadi semakin dekat-40 saat antara satu kontraksi
  • Bersalin anak pertama selalunya akan berlaku antara 12-14 jam. 
Sakit belakang
Sakit belakang juga merupakan satu daripada tanda bersalin. Rasa kesakitan adalah bermula di tengah-tengah belakang sehingga ke pinggul. Rasa ini disertai dengan rasa sedikit ngilu




Bagi anda yang akan menyambut ahi baru dalam keluarga, tahniah diucapkan. Jagalah amanah yang diberi ini dengan sebaik mungkin kerana anak ini adalah aset kita yang tidak ternilai..

Berkahwin - mengandung - melahirkan adalah lumrah seorang wanita. Pulihkan kembali tenaga anda selepas bersalin dengan Set Berpantang SHAKLEE.


Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440



*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

Friday, August 8, 2014

Hamil-tanda-tanda hamil

Anda Hamil....?

Seandainya anda hamil, terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan sebelum pengesahan lanjut oleh doktor dilakukan.

Antara tanda-tanda anda hamil adalah :

  • Tidak datang bulan
    * sekiranya anda sedang hamil, anda tidak akan datang bulan (haid) lagi. Ini adalah kerana dinding rahim sedang dipersiapkan untuk proses yang lebih besar iaitu kehamilan. Amat penting bagi anda untuk mengetahui tarikh hari pertama haid anda. Ianya penting dalam menentukan tarikh bersalin nanti (EDD). 

  • Mual/muntah (morning sickness )
    * berasa mual, muntah atau alah pada sesuatu makanan atau benda adalah petanda awal seseorang itu mengandung. Kebanyakan wanita akan mengalami simptom morning sickness di awal 3 bulan pertama kehamilan.





  • Sering membuang air kecil
   * berlaku disebabkan oleh keadaan pundi kencing yang tertekan akibat daripada proses pembesaran rahim. Ia biasanya akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan. Kekerapan kencing akan berlaku di awal kehamilan, mejadi berkurangan dipertengahan dan menjadi kembali kerap di akhir tempoh kehamilan.

  • Mengidam
   * merupakan perkara alami yang biasa dilalui oleh ibu-ibu mengandung. Namun perlu anda ketahui bahawa simpton mengidam ini tidak semua wanita mengandung akan melaluinya. Saya sendiri tidak pernah berpeluang merasa apa yang kita istilahkan sebagai mengidam. Gejala mengidam ini akan berlaku pada bulan-bulan pertama kehamilan sahaja.

  • Payudara
   * payudara akan mengalami perubahan yang drastik semasa hamil.  Puting payudara akan menjadi lebih besar, lebih gelap dan kadang kala akan berasa sakit dan berdenyut-denyut serta gatal. Jangan bimbang, itu adalah tanda payudara anda sedang dalam proses untuk menghasilkan susu bagi keperluan bayi anda kelak.







Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440



*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

Wednesday, August 6, 2014

Masa subur

Menilai masa subur anda


Terdapat beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi menilai 
tahap dan masa subur seseorang iaitu :

# Menghitung masa subur anda menggunakan sistem kalendar

~ Cara kiraan masa dengan kalendar boleh dilakukan berdasarkan pada waktu ovulasi yang terjadi pada hari ke 14 daripada menstruasi yang akan datang.

~ sel sperma akan dapat hidup selama 48 jam selepas ejakulasi manakala sel telur (ovum) hanya dapat hidup 24 jam setelah ovulasi.

*  Aturan haid selalunya 28 hari dan haid terakhir berlaku pada 1 haribulan. Haid akan datang adalah pada 28 haribulan. Jadi, waktu ovulasinya adalah pada pertengahan waktu haid-14 haribulan. Kitaran waktu subur adalah antara 12_16 haribulan.


#  Ukur/nilai tahap subur

~ Penilaian tahap subur juga boleh dilakukan dengan menilai peningkatan suhu badan.Kebiasaannya suhu badan akan meningkat menjelang ovulasi kerana pengaruh daripada hormon progestron.

# Menilai lendir rahim

~ Dengan menilai lendir rahim, tahap subur anda juga boleh dikenalpasti. Hormon estrogen berada pada tahap maksima ketika ovulasi terjadi dan mempengaruhi pengeluaran lendir rahim. Menjelang proses ovulasi, lendir rahim menjadi seakan-akan benang.

# Menilai tahap subur dengan ujian ovulasi

~ Alat ujian ovulasi boleh didapati dengan mudah di farmasi dan di mana-mana pusat kesihatan. Ianya boleh digunakan untuk menilai waktu subur anda. 

*  Alat ini akan mengukur tahap hormon LH (Luteinizing Hormone) yang dihasilkan pada waktu ovulasi. Cara penggunaan kit ujian ovulasi ini adalah sama dengan cara kita menggunakan kit ujian kehamilan



Pengambilan supplement penggalak kehamilan juga perlu kita amalkan untuk mendapatkan basil yang semaksima mungkin. Di SHAKLEE kami ada apa yang anda perlukan.







Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440


*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

Monday, August 4, 2014

video - set subur Shaklee

SET KESUBURAN SHAKLEE






Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440

GLA Complex-set kesuburan

Set Kesuburan SHAKLEE 

Ramai dikalangan kita yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat penyambung legasi.Tahap kesuburan setiap manusia adalah berbeza.Lambat mengandung atau belum mengandung bukan bermakna anda mandul meskipun usia perkahwinan telah lama.

Set Kesuburan SHAKLEE terdiri daripada GLA Complex, VITA-E, B-Complex,  Zinc Complex. GLA Complex yang terdapat dalam Set Kesuburan SHAKLEE- GLA Complex, berfungsi sebagai agen yang menggalakkan proses kitaran haid berjalan dengan teratur dimana haid yang tidak teratur merupakan salah satu punca seseorang wanita mengalami masalah lambat hamil.

Vita-E Complex yang terdapat dalam Set Kesuburan SHAKLEE berfungsi sebagai penyokong kesihatan jantung, otak dan prostat, disamping meningkatkan fungsi peparu,kolon dan sistem imun.

Zinc Complex juga termasuk dalam Set Kesuburan SHAKLEE. Zinc Complex berfungsi dalam menjaga kesihatan prostat bagi kaum lelaki seterusnya menghasilkan sperma yang berkualiti.

Set Kesuburan SHAKLEE - B-Complex SHAKLEE mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru, dan organ-organ penting yang lain.




Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 
Liza
#Roslizamohamed82@gmail.com
#Rosliza Tuan@facebook.com
#Tel/whatsapp : 010-9167440



*  Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sekarang penyakit

Borage Seed Oil

Borage Seed Oil

Apa itu borage seed oil 

Borage seed oil diambil dari biji borago officinalist.Borage seed oil merupakan salah satu bijian yang mengandungi Gamma Liolenic Acid yang paling tinggi berbanding bijian anggur (blackurant seed) dan evening primrose oil.

Borage seed oil